Wednesday, September 12, 2007

A Dedication... to Echa

A Short Story.... tra lalalala ;)

Debaran di hati Sya semakin kencang, pipinya yang semakin terasa panas membahang itu dikalihkan kesisi. Mengapa perasaan ini tak mampu dibendungnya? Mengapa harus dia pamirkan emosinya sebegini kepada semua? Memalukan sungguh…… terasa seakan rahsianya semakin hampir terbongkar jika dia tidak melakukan sesuatu!! Sya terus menarik nafas sedalam mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan, sesungguhnya dia harus cuba sedaya upaya untuk mengembalikan sedikit ketenangan ke jiwanya. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini….

Di gagahinya juga untuk mempamerkan muka yang selamba dan terus mara ke kaunter bayaran walaupun atur langkah kakinya terasa amat janggal sekali. Kini lelaki itu berada betul-betul di hadapannya. So close and yet so out of reach….. hatinya mengeluh lemah tetapi seketika yang lain, terasa lucu pula. Sah… inilah padahnya orang syok sendiri, mengharap pada yang tak sudi. “To be exact, he doesn’t even know you exist Sya. How pathetic can you get?!! ” suara kecil dihatinya mengejek Sya tanpa belas.

--

Sedari tadi matanya seakan ditarik-tarik kearah sesusuk tubuh di hujung rak buku yang tersusun rapi. Majalah Extreme Sports yang digemarinya gagal menarik minatnya petang itu. Sesuatu mengenai gadis genit yang bertudung itu terus-terusan menarik perhatiannya dan dia sendiri kurang pasti apa sebenarnya. Dalam diam dia mengamati, berpura-pura membelek-belek majalah di tangannya. Mungkin skema warna lembut yang dikenakan gadis itu amat disenanginya. Simple tapi menggamit pandangan kedua. Mungkin juga keasyikkannya menilik buku-buku di rak tersebut, seakan-akan “lost in her own world” fikirnya. Adam sebenarnya sudah bosan dan lemas dengan gadis-gadis yang sentiasa menagih perhatiannya. Mendesak dan mengada-ngada. “Whatever happened to letting the man do the hunting?” desis hatinya.

Dari satu rak ke satu rak yang lain, gadis itu melangkah perlahan memilih buku yang berkenan di hatinya. “Kuatnya membaca”, fikirnya lagi, “ni mesti ulat buku”. Namun penampilan gadis yang berjeans dan berboot itu tampak ranggi dan tidak pula membayangkan imej seorang “nerd” yang tulen. Dia cukup pasti dia pernah melihat gadis itu di kolej sebelum ini. “I wonder what course she’s taking,” hatinya tertanya-tanya. Ahhhh… Adam tersenyum sendiri apabila tersedar dia masih memikirkan tentang gadis itu, “What the hell am I doing?” Dia bukan jenis yang “kaki” perempuan sebenarnya; yang pantang melihat yang cantik, yang cute, yang lawa. Tidak …… tapi…….. matanya masih mengekori pergerakan gadis itu.

“Abang, cepatlah bang, Wafie dah siap ni. Bayarkanlah ” , suara adiknya Wafiah yang separuh merengek itu tiba-tiba mengetuk gegendangnya. Menyedari kelalaiannya melayan adik bongsunya itu, Adam bergegas mendapatkannya. Panjang nampaknya queue di kaunter bayaran namun dia harus beratur juga dan celoteh Wafie yang tak henti-henti itu sedikit sebanyak melekakannya.

--

Menghampiri kaunter dengan keresahan yang sarat, tiba-tiba kaki Sya tersadung lantai yang kurang rata dan buku-buku ditangannya terpelanting dan bertaburan. “Oh my God, what have I done” rintih hati Sya, kemerahan dan kekalutan pada wajahnya tak dapat di tahan-tahan lagi. Dia segera membongkok dan mengutip buku-buku itu secepat mungkin. Alangkah eloknya kalau bumi ini dapat terus menelannya, desis hatinya.

“Eh, jangan kalut-kalut…… kaunter ni takkan ke mana !!” suara garau yang kedengaran memeranjatkan Sya dan menambahkan lagi gabranya. Memaling sekilas, jelas terpamer senyum nakal di wajah yang selalu bermain dikhayalannya itu. “This isnt real, I’m daydreaming as usual” kemungkinan itu terlintas di mindanya tetapi buku yang di unjukkan kepada Sya pastinya bukan lagi satu khayalan.

“Err…. Thanks… maaf kalau terkena awak tadi” tergagap-gagap Sya menjawab sambil menegakkan badannya kembali. “Tinggi”, desis hatinya apabila dia terpaksa mendongak sedikit untuk memandang lelaki itu. Ini lah peluang pertama dia dapat berada sebegitu dekat dengan lelaki itu, maklumlah sebelum ini dia sekadar memandang dari jauh saja. “Pandang?” suara kecil itu terus-terusan mengejek. “Eleh, pandang konon… memuja kan lebih tepat !!” Mahu saja Sya mengoncang-gonjang hatinya yang suka berkata-kata itu. Wahai hati, diamlah kau, berilah aku sedikit kekuatan.

Lelaki itu masih tersenyum apabila Sya mula beratur di belakangnya. Dengan bersahaja dia memperkenalkan dirinya. “I’m Adam…. And you are?” . Sya sedikit teragak-agak namun akhirnya dia membalas juga senyuman itu, “Saya Syanis”.


*****************
P.S.
Kwang kwang kwang …… Syok gak dapat mengusik anak mama yang sorang nih.... hehehe !!!!! I luvya echa…. mwaaaahhh !! Tapi ingat 2 perkara: JGN GEDIK, JGN ANGAU !!!!!

by
JT/ 2005

No comments: